SELAMAT MELAYARI BLOG 'SETIAP PERISTIWA ADALAH SEJARAH', SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA.

Saturday, November 29, 2008

Semangat Kebangsaan - Cintailah Sejarah, Barulah Anda Rasa Nikmatnya


Kalau dah berjiwa kebangsaan, sikit sebanyak teringin jugak nak pacak bendera Malaysia, jika dihayati, perajurit-perajurit negara yang bertempur dengan musuh di medan pertiwi pasti bangga dengan anda yang hanya perlu memasang bendera sahaja dimana-mana tempat yang sesuai berbanding dengan sumbangan perajurit kita yang menggadaikan nyawa untuk mempertahankan maruah negara. Lantas..apa tunggu lagi, kibarkanlah bendera kebangsaaan pada setiap kali menyambut hari kebangsaan. Anda boleh melakukannya.

Bas 2 Tingkat Bukan Di London Saja !


Siapa sangka, tok nek kita zaman 50-an dulu pun dah merasa naik bas 2 tingkat, jangan ingat di London sahaja ada bas 2 tingkat ye..

Belajar Sejarah Di Sekolah Rendah


Generasi muda kini tidak berminat dengan subjek Sejarah, mereka perlu memahami sejarah pembentukan bangsa di Malaysia dengan lebih mendalam agar keharmonian kaum di negara kita akan terus berpanjangan. Setiap kaum harus menghormati hak setiap bangsa seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan Malaysia. Dengan pemahaman yang tinggi diterapkan pada umur yang masih muda diharapkan bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini akan dapat hormat menghormati antara satu sama lain.
Pengenalan subjek Sejarah di sekolah rendah adalah jalan yang paling baik untuk memupuk generasi muda dari peringkat awal lagi, agar mereka dapat memahami dan menghayati sejarah pembentukan bangsa Malaysia yang unik ini. Insyaallah, perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2010 akan menjadi realiti.

Friday, November 28, 2008

PAHLAWAN NEGARA


Hebat, tokoh ulama menjadi pejuang kemerdekaan. Kepimpinan seperti inilah yang kita perlukan.

UNGKAPAN SEJARAH


Sejarah pada penulis cukup penting, segala apa jua yang kita dapat saksikan pada hari ini mesti ada kaitan dengan perkara yang lepas. Dan, perkara yang lepas itulah dinamakan sejarah. Pepatah Stephen Spender ini amat bertepatan sekali, kerana segala kenang-kenangan yang lampau itulah yang telah membawa kepada semua orang untuk menulis. Termasuklah diri penulis. Terlampau sarat rasanya kenang-kenangan lalu yang disimpan.

Thursday, November 27, 2008

CERITA SEJARAH DALAM AKHBAR


Tok Kenali Ulamak Terbilang..pastikan anda membaca sampai habis..

ALLAH MAHA BESAR


Gambar ni dirakamkan semasa perjalanan menuju ke sekolah pada awal pagi 07 Mei 2007 (Selasa)

Lihat Videonya Pula..