SELAMAT MELAYARI BLOG 'SETIAP PERISTIWA ADALAH SEJARAH', SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA.

Saturday, November 29, 2008

Semangat Kebangsaan - Cintailah Sejarah, Barulah Anda Rasa Nikmatnya


Kalau dah berjiwa kebangsaan, sikit sebanyak teringin jugak nak pacak bendera Malaysia, jika dihayati, perajurit-perajurit negara yang bertempur dengan musuh di medan pertiwi pasti bangga dengan anda yang hanya perlu memasang bendera sahaja dimana-mana tempat yang sesuai berbanding dengan sumbangan perajurit kita yang menggadaikan nyawa untuk mempertahankan maruah negara. Lantas..apa tunggu lagi, kibarkanlah bendera kebangsaaan pada setiap kali menyambut hari kebangsaan. Anda boleh melakukannya.

Bas 2 Tingkat Bukan Di London Saja !


Siapa sangka, tok nek kita zaman 50-an dulu pun dah merasa naik bas 2 tingkat, jangan ingat di London sahaja ada bas 2 tingkat ye..

Belajar Sejarah Di Sekolah Rendah


Generasi muda kini tidak berminat dengan subjek Sejarah, mereka perlu memahami sejarah pembentukan bangsa di Malaysia dengan lebih mendalam agar keharmonian kaum di negara kita akan terus berpanjangan. Setiap kaum harus menghormati hak setiap bangsa seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan Malaysia. Dengan pemahaman yang tinggi diterapkan pada umur yang masih muda diharapkan bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini akan dapat hormat menghormati antara satu sama lain.
Pengenalan subjek Sejarah di sekolah rendah adalah jalan yang paling baik untuk memupuk generasi muda dari peringkat awal lagi, agar mereka dapat memahami dan menghayati sejarah pembentukan bangsa Malaysia yang unik ini. Insyaallah, perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2010 akan menjadi realiti.

Friday, November 28, 2008

PAHLAWAN NEGARA


Hebat, tokoh ulama menjadi pejuang kemerdekaan. Kepimpinan seperti inilah yang kita perlukan.

UNGKAPAN SEJARAH


Sejarah pada penulis cukup penting, segala apa jua yang kita dapat saksikan pada hari ini mesti ada kaitan dengan perkara yang lepas. Dan, perkara yang lepas itulah dinamakan sejarah. Pepatah Stephen Spender ini amat bertepatan sekali, kerana segala kenang-kenangan yang lampau itulah yang telah membawa kepada semua orang untuk menulis. Termasuklah diri penulis. Terlampau sarat rasanya kenang-kenangan lalu yang disimpan.

Thursday, November 27, 2008

CERITA SEJARAH DALAM AKHBAR


Tok Kenali Ulamak Terbilang..pastikan anda membaca sampai habis..

ALLAH MAHA BESAR


Gambar ni dirakamkan semasa perjalanan menuju ke sekolah pada awal pagi 07 Mei 2007 (Selasa)

Lihat Videonya Pula..
video

PEKAN LAMA KUAH DALAM KENANGAN


Pekan lama yang mengadap laut, kini diberi laluan untuk pembinaan jalan yang lebih lebar menuju ke Padang Matsirat.

SEJARAH TANAH AIR



Berita Menarik Dari Akhbar

Tuesday, November 25, 2008

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."