16 JULAI 1981 - DR MAHATHIR DILANTIK MENJADI PM MALAYSIA KE-4
Pada hari ini tanggal 16 Julai 1981, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat.
Pemerintahan beliau dikenali sebagai Era Pembangunan Perindustrian dan Globalisasi, Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional, pelaburan dalam industri menyumbang kea rah kepesatan ekonomi Negara, pembinaan Putrajaya, Multimedia Super Coridor, KLCC, KLIA dan lain-lain lagi. Kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama Negara Dunia Ketiga.
SUMBER : 365 HARI DALAM SEJARAH / SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
PANTUN WARISAN BANGSA
Nyonya baba pandai berpantun
Walaupun mereka berlainan bangsa
Kekalkan seni adat berpantun
Hargailah pantun warisan bangsa
KENALI PEMIMPIN DUNIA
ZULFIKAR ALI BHUTTO- Presiden Pakistan (1971-1973)